Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati

Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati
link : Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati

Baca juga


Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati


BANGKOK – Seorang bekas peninju ditahan polis selepas menumbuk anak tirinya yang berusia dua tahun hingga mati di sebuah rumah di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand pada Sabtu lalu.

Akhbar tempatan, Bangkok Post melaporkan, Jiran Pansuan, 24, ditahan di daerah Bang Khen pada malam Rabu lalu susulan kematian anak tirinya, Rapheepat Salae yang pada awalnya dilaporkan lemas dalam bilik air.

Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Jiran memberitahu anak tirinya itu terlalu nakal.

“Gara-gara berang, dia bertindak menumbuk kanak-kanak itu di perut dan kepala hingga mangsa pengsan.

“Dia kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke sebuah hospital dan memberitahu doktor bahawa mangsa lemas,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

“Doktor yang curiga dengan kematian kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis sebelum pihak berkuasa meminta bedah siasat dijalankan.

“Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami kecederaan pada pankreas dan pendarahan pada otak,” katanya.

Media Thailand melaporkan, sebelum suspek ditahan, ibu mangsa, Thidarat Somboon dan majikannya, Thanaphum Pholprasert dipanggil memberi keterangan kerana disyaki membantu suspek melarikan diri.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa terjatuh di bilik air dan menangis dengan kuat hinga menimbulkan kemarahan suspek yang baru pulang dari keluar bersama rakan-rakannya.

Suspek dikatakan menumbuk perut mangsa tiga kali hingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa ke hospital.

Susulan kejadian itu, suspek kesal dengan tindakannya. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati

Sekianlah artikel Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bekas-peninju-tumbuk-anak-tiri-nakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :