Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak

Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak
link : Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak

Baca juga


Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak


KEJAM… Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa dendam bapa saudara selepas ditetak hingga putus jari kelingking dan cedera jari hantu kanan di Sarawak semalam.

Insiden serangan ngeri tersebut berlaku di sebuah di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mangsa yang berusia lapan tahun itu hanya bersama-sama dengan abangnya berusia 19 tahun di rumah berkenaan manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk ke rumah sewa berkenaan sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau.

Menurutnya, kejadian hanya disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan dendam suspek terhadap bapa mangsa yang membuat laporan polis susulan kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan.

“Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan polis kini sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya.

Jelasnya, usaha memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan.

Difahamkan, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan merupakan orang dikhendaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak

Sekianlah artikel Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bengang Dengan Bapa, Anak Kena Tetak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bengang-dengan-bapa-anak-kena-tetak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :