link : Beri Vingada Peluang Bukti Kredibiliti
Beri Vingada Peluang Bukti Kredibiliti
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu semua pihak memberi peluang kepada pengendali baharu Harimau Malaya, Nelo Vingada bagi membuktikan kredibilitinya sebagai jurulatih.
Beliau percaya keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik pengendali dari Portugal itu dibuat berdasarkan rekodnya dan bertepatan dengan perancangan presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Beri beliau peluang untuk buktikan diri. Saya pasti FAM sudah mempertimbangkan semua pilihan yang ada sebelum keputusan ini dibuat.
"Saya juga percaya keputusan dibuat berdasarkan rekodnya dan perancangan yang sudah dirancang oleh Presiden FAM.
"Biarlah Vingada sesuaikan diri dulu dan selepas itu buktikan yang beliau adalah pilihan yang terbaik," kata Khairy ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan skuad badminton negara yang akan beraksi pada kempen Piala Sudirman di Gold Coast, Australia, di Akademi Badminton Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, FAM mengumumkan pelantikan Vingada atau nama penuhnya Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada sebagai jurulatih baharu pasukan bola sepak kebangsaan bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Vingada, 64, akan melaporkan diri pada 25 Mei dengan aksi bertemu Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang, 8 Jun depan, menjadi tugasan pertamanya bersama Harimau Malaya.
Sebelum ke Malaysia, Vingada berpengalaman dalam kerjaya kejurulatihan melebihi 35 tahun adalah tokoh popular di rantau Asia.
Beliau juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014). BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Beri Vingada Peluang Bukti Kredibiliti
Sekianlah artikel Beri Vingada Peluang Bukti Kredibiliti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Beri Vingada Peluang Bukti Kredibiliti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/beri-vingada-peluang-bukti-kredibiliti.html