link : Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Tukar Entiti Bisnes Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’, Perunding Syarikat Ini Kongsi 5 Aspek Yang Perlu Dinilai
Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Tukar Entiti Bisnes Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’, Perunding Syarikat Ini Kongsi 5 Aspek Yang Perlu Dinilai
Jika sudah mencapai satu peringkat yang matang, mungkin sudah tiba masanya untuk menaiktaraf perniagaan ke satu tahap yang lebih baik, dalam mengekalkan lagi kepercayaan orang ramai.
Mungkin ada terfikir untuk menukar, dari ‘enterprise’, kepada ‘sendirian berhad’, tapi adakah ianya masa yang sesuai? Menerusi perkongsian dari seorang perunding syarikat, iaitu saudara Amsyari Shakur, terdapat beberapa perkara yang anda perlu nilai terlebih dahulu sebelum menukar kepada ‘sendirian berhad’.
Mari kita lihat apakah perkara tersebut yang perlu dinilai.
Ramai yang bertanya pada saya bila masa yang sesuai untuk tukar entiti bisnes dari sole-proprietor/partnership ke Sdn. Bhd.
Soalan ni sebenarnya bergantung pada persediaan seseorang itu. Pada pendapat saya, antara yang perlu difikirkan ialah;
1) Kekuatan dalam pengurusan
Anda sudah memiliki kekuatan dalam mengurus dokumen, mengurus operasi, mengurus jualan & perbelanjaan,
2) Kekuatan cash flow,
Anda sering mempunyai tunai yang cukup (sebaiknya minimun 3 bulan) setelah tolak beberapa perbelanjaan penting syarikat seperti gaji, sewa, hire purchase dan lain-lain lagi
3) Kekuatan team pengurusan / partner
Anda mempunyai rakan kongsi yang boleh bekerjasama, yang mempunyai peranan masing-masing & mengetahui peranan sebagai rakan kongsi
4) Kekuatan dalam mendapat projek kerajaan
Jika anda sudah mempunyai kekuatan operasi dan pengurusan yang membolehkan anda ke projek kerajaan.. (jangan lah buang masa lagi)
5) Kena bayar cukai tinggi
Jika bisnes dah baik dan mempunyai untung yang tinggi, anda cuba semak berapa cukai anda kena, kalau anda sudah dikenakan cukai melebihi kadar 21% ( lebih rm70k pendapatan bercukai)
Demikianlah Artikel Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Tukar Entiti Bisnes Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’, Perunding Syarikat Ini Kongsi 5 Aspek Yang Perlu Dinilai
Anda sekarang membaca artikel Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Tukar Entiti Bisnes Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’, Perunding Syarikat Ini Kongsi 5 Aspek Yang Perlu Dinilai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bilakah-masa-yang-sesuai-untuk-tukar.html