BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam

BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam
link : BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam

Baca juga


BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam


KUCHING: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyelar tindakan wakil rakyat pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mengotakan janji.

Memetik laporan Utusan Borneo, Rundi berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang hanya datang memohon peruntukkan projek kecil luar bandar (MRP) daripada kerajaan negeri tapi tidak mengotakan apa yang dijanjikan.

“Kita tidak boleh hanya bercakap sahaja tetapi kita perlu bekerja dengan mengotakan apa yang dijanjikan.

“Apa sahaja yang mereka cakap dan ceritakan, akhirnya orang tahu apa mereka buat sama ada betul atau tidak. Inilah masa tepat untuk rakyat melihat perangai sebenar mereka," katanya.

Rundi berkata, pembangkang menganggap apa yang hendak dilaksanakan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hanyalah omong kosong misalnya pembinaan LRT (Transit Aliran Ringan), kewangan digital dan sebagainya.

“Kalau kita tidak buat, mereka cakap kita tiada harapan, mana yang betul? Tidak pernah betul.

“Kita mahu sedaya upaya membangunkan rakyat dengan menggunakan peruntukan disediakan (RM1 bilion setahun) untuk rakyat bukan dengan ‘cucuk sana...cucuk sini," ujarnya.

Sementara itu, Rundi menambah Abang Johari mahu pasukan dibawah kepimpinannya BN Sarawak terus bekerja untuk rakyat dan bukan berpolitik setiap masa.

“Negeri kita tidak sama, bukan setiap hari berpolitik. Kita di Sarawak berpegang kepada prinsip semangat setia kawan.

"Dahulu pembangkang ada 12 wakil, sekarang tinggal enam, mungkin suatu hari nanti kosong kerana rakyat bosan khususnya di Sarawak tidak mahu terlalu banyak ‘politiking'." ujarnya. - Sarawakiana malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam

Sekianlah artikel BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Sarawak Bantu Rakyat Bukan Berpolitik 24 Jam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bn-sarawak-bantu-rakyat-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :