Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017

Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017
link : Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017

Baca juga


Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017


ALOR SETAR – Sebagaimana diramal pelbagai pihak, kumpulan Bocey mengulangi kejayaan tahun lalu apabila diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 terbitan Astro.

Kemenangan bergaya tersebut membolehkan trio Bocey yang dianggotai oleh pelawak Fad, Achey dan Abam berjaya membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000.

Kejayaan Bocey memang dijangka kerana persembahan mereka ternyata konsisten sehingga menarik perhatian penonton dan juri tetap dengan aksi komedi bebas dan muzikal yang dipersembahkan.

Pentas akhir MLM 2017 berlangsung Dewan Wawasan Jitra, Kedah dekat sini berakhir lewat Jumaat. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna 132 dan Astro Maya HD 134.

Program selama 12 minggu bermula 17 Februari lalu itu dengan tema ‘Empayar Lawak’ menampilkan 15 kumpulan dari tiga buah negara iaitu Malaysia serta jirannya, Indonesia dan Singapura.

Juara MLM pernah disandang oleh kumpulan Osbon (2011), Jozan (2012), Sepahtu (2013) dan Zero (2014) manakala pada 2015 ia ditiadakan sebelum muncul setahun kemudian MLM 2017 turut menyaksikan juara program Raja Lawak musim ke-6, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol muncul naib juara dengan menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Biarpun sekadar meraih tempat ketiga, satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Dzawin berpuas hati dengan hadiah RM150,000 yang dimenangi hasil kerja keras dalam program komedi itu.

Tempat keempat dan kelima pula dimenangi oleh kumpulan Zero dan Puteh yang masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM15,000.

Pentas akhir MLM 2017 diadili juri tetap, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya yang mewakili markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian penonton.

Persembahan Syamel dalam segmen penghormatan untuk pelawak yang sudah meninggal dunia menyentuh hati penonton sebelum keputusan penuh diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal.

MLM 2017 turut diwarnai kontroversi apabila seorang juri, Najip Ali ditukar gara-gara kenyataan dikeluarkan ketika menyertai program OK Chope terbitan stesen TV Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017

Sekianlah artikel Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bocey-muncul-juara-maharaja-lawak-mega.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :