'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular
link : 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

Baca juga


'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

MINGGU lepas, dunia diperkenalkan dengan Choi Young-Jae, jejaka tampan yang merupakan pengawal peribadi Presiden Korea Utara, Moon Jae In.

Apa yang membuatkan Young-Jae menjadi perhatian adalah ketampanannya yang dikatakan persis hero drama Korea.

Gambar Young-Jae tersebar di laman sosial selepas mengiringi Presiden Korea Selatan itu ke sebuah majlis, 13 Mei lalu.

Elena Yip, pemilik sebuah akaun Twitter, merupakan antara yang pertama memuat naik gamabr Young-Jae.

Ia sehingga kini menerima lebih 57,000 likes dan 25,000 retweet.


Menurut laporan akhbar Korea Times, Young-Jae mengakui bimbang dengan gemerlap populariti yang dikecapinya selepas gambarnya ditularkan.

"Secara jujur, saya tidak faham mengapa saya menjadi perhatian.

"Saya tidak sepatutnya popular. Perhatian orang ramai sepatutnya kepada Presiden, bukan saya," kata Young-Jae.

Siapa dia si tampan Young-Jae?

Apa yang menarik, Young-Jae bukan memegang profesion sebagai pengawal peribadi. Sebaliknya pembabitannya sebagai pengawal peribadi Presiden Moon merupakan kerja sukarela.

Lelaki berusia 36 tahun itu pernah berkhidmat sebagai Komander Khas Peperangan Korea Selatan, dan pernah dihantar bertugas di Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu.

Pengalaman itu membawanya untuk melakukan kerja sukarela sebagai pengawal peribadi kerana "saya sukakan Presiden Moon dan berharap dengan membantu menjaga keselamatannya, beliau boleh memberi khidmat terbaik untuk rakyat Korea Selatan".

Biarpun disamakan dengan watak Frank Farmer yang dipegang aktor Kevin Costner dalam filem The Bodyguard, kehidupan Young-Jae tidaklah semisteri yang digambarkan.

Sebaliknya, Young-Jae yang juga seorang ahli perniagaan, hidup bahagia bersama isterinya, seorang guru bahasa Inggeris, dan dua anak perempuannya.

Kontrak Young Jae sebagai pengawal peribadi Presiden Moon dilaporkan telah pun tamat, dan dia dikatakan akan kembali mengendalikan perniagaannya, di samping membantu isterinya menguruskan keluarga.

"Saya tidak dapat memberi perhatian kepada keluarga semasa menjadi pengawal peribadi, tetapi saya bercadang untuk melakukannya selepas kontrak saya tamat," kata Young-Jae.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

Sekianlah artikel 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Bodyguard' tampan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bodyguard-tampan-rasa-pelik-dirinya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :