Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor

Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor
link : Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor

Baca juga


Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor

KUALA LUMPUR: Operasi pencarian sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana kini dibahagikan kepada empat sektor pencarian di kawasan perairan Sedili.

Panglima Wilayah Laut 1, Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata operasi pencarian meliputi 120 batu nautika dari posisi terakhir bot tersebut terputus hubungan.

"Fokus pencarian di perairan Sedili dengan radius 120 batu nautika dari posisi terakhir bot tersebut di lihat dan terputus hubungan. Terdapat empat sektor pencarian yang berpusat di lokasi terakhir bot.

BACA: TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili

"Semua aset-aset terlibat diberi sektor masing-masing agar tidak ada kawasan yang tertinggal," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini. 

Jelasnya, walaupun cuaca mendung dan kadang kala hujan di sektor-sektor pencarian, namun ia tidak menghalang operasi diteruskan.

BACA: Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat

"Hari ini keadaan laut kod laut tiga, di sektor-sektor pencarian mendung dan cuma ada satu sektor sahaja hujan dan kita percaya ia akan berhenti selain ia tidak menghalang operasi pencarian daripada diteruskan.

"Keadaan angin juga tidak menghalang pencarian diteruskan. Awan masih membolehkan pesawat udara ditugaskan. Jarak penglihatan pun terakhir saya semak tadi 10 batu nautika," jelasnya.

Pada Sabtu lalu, bot kapal yang membawa Tim Menggeledah telah terputus hubungan dengan KD Perdana yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor

Sekianlah artikel Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bot KD Perdana hilang: Operasi SAR dibahagi kepada 4 sektor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bot-kd-perdana-hilang-operasi-sar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :