link : Brunei Nafi Ada Kad Nikah Papar Wajah 4 Isteri
Brunei Nafi Ada Kad Nikah Papar Wajah 4 Isteri
BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei menafikan pernah mengeluarkan kad perkahwinan pasangan Islam yang memaparkan gambar seorang suami dengan empat isterinya itu sekali gus.
Menurut laporan media tempatan, dokumen rasmi bersaiz kecil yang dikenali sebagai Kad Nikah itu seperti juga reka bentuk kad pengenalan, tiada meletakkan imej lelaki bersama-sama dengan empat madunya secara serentak.
“Ia adalah tidak benar dan palsu. Pihak mahkamah hanya mengeluarkan untuk setiap Kad Nikah yang mempunyai maklumat bagi suami dan seorang isteri sahaja,” kata Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Haji Hassan Haji Metali.
Sambil menyifatkan ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjadi tular menerusi media sosial tempatan susulan pelaksanaan Kad Nikah sejak 15 Mei lalu untuk pasangan Muslim yang berkahwin di Brunei.
Bercakap pada sidang media di Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah Syariah di sini semalam, beliau memberitahu, segala maklumat pernikahan turut disimpan dalam cip di kad itu.
Namun buat masa ini, ia hanya diberi terhad kepada pengantin yang berkahwin mulai 1 Januari lalu dan pasangan perlu memohon daripada Pejabat Pendaftaran dengan caj B$20 (kira-kira RM62) bagi dua keping kad tersebut.
Langkah itu dilaksanakan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang Islam selain Sijil Nikah sedia ada yang bersaiz A4 demi memudahkan disimpan dalam dompet atau boleh dibawa ke mana-mana.
“Jika ada suami yang mempunyai empat isteri, ini bermakna si lelaki itu perlu ada empat Kad Nikah berbeza dengan memaparkan pula maklumat dan wajah keempat-empat isterinya dalam setiap kad berasingan,” jelas Hassan lagi.
Beliau menambah, jika ada keperluan pada masa akan datang untuk rekod perkahwinan sebelum tarikh 1 Januari lalu, pihak mahkamah syariah bersedia memaklumkan kemudian kepada orang ramai untuk memohon kad itu.
Ia juga dikeluarkan demi memenuhi kehendak peruntukan di bawah bab 22(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penggal 217 sejajar dengan pelaksanaan inisiatif e-Syariah sejak 23 Januari lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Brunei Nafi Ada Kad Nikah Papar Wajah 4 Isteri
Anda sekarang membaca artikel Brunei Nafi Ada Kad Nikah Papar Wajah 4 Isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/brunei-nafi-ada-kad-nikah-papar-wajah-4.html