link : Buang sial bala menimpa
Buang sial bala menimpa
Segamat: Hajat seorang ibu mahu membuang sial anaknya, tetapi musibah mendatang apabila dia diperdayakan dua wanita sehingga kerugian RM8,000 dalam kejadian di Labis, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, wanita berusia 69 tahun itu menjadi mangsa penipuan didalangi dua wanita yang mendakwa mempunyai kebolehan untuk mengubah nasib seseorang dengan dibantu seorang tukang tilik yang didakwa sudah membantu ratusan individu sehingga berjaya.
Segalanya bermula ketika mangsa bertemu seorang wanita berusia 40-an di pasar malam Dataran Labis jam 4.30 petang yang mendakwa mempunyai daun yang boleh menyembuhkan pesakit lumpuh.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Pang berkata, secara kebetulan dia mempunyai saudara yang lumpuh dan berminat untuk mengetahui khasiat daun berkenaan dengan lebih lanjut.
Katanya, dia kemudian dibawa wanita itu menaiki sebuah kereta untuk bertemu dengan pemilik daun berkenaan yang berada tidak jauh dari bandar Labis.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Buang sial bala menimpa
Anda sekarang membaca artikel Buang sial bala menimpa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/buang-sial-bala-menimpa.html