link : Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa
Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa
SHAH ALAM – Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda dekat sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam.
Dengan bantuan pekerja KEV, pasukan bomba menemui haiwan berkenaan pada kira-kira 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa itu, katanya ketika dihubungi hari ini.
“Bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya itu kerana kedudukannya di kawasan sempit dengan kedalaman kira-kira sembilan meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Petugas bomba menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.
“Kerja menyelamat ditamatkan pada 10 pagi tadi dan buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” kata Zaidi. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa
Sekianlah artikel Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/buaya-terperangkap-di-pintu-air-stesen_28.html