Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa

Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa
link : Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa

Baca juga


Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa

KODIANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan lemas di Kampung Batu 3 ½ Jalan Sanglang-Kodiang di sini, malam tadi tidak sempat berbuka puasa selepas pulang membeli susu kotak bersama bapanya.

Bapa mangsa, Mohd Ryzal Abdul Razak, 40, berkata, sebelum ini mangsa Nur Zarif Hamani sangat berhajat untuk berbuka dengan susu kotak Dutch Lady sebelum membelinya di bazar berdekatan.

“Arwah anak bongsu dari tiga beradik sangat teringin nak minum air susu kotak jenis itu dan mengajak saya membelinya bersama murtabak, saya bawa arwah bersama abang dan kakaknya berusia tujuh dan 10 tahun ke bazar Ramadan berdekatan kira-kira pukul 6.30 petang.

Sebaik pulang setengah jam kemudian, saya biarkan mereka bermain bersama di halaman rumah, manakala saya berada di belakang rumah sementara menunggu waktu berbuka, namun 20 minit kemudian, arwah tidak kelihatan sewaktu bersiap hendak berbuka,” katanya.

Ekoran itu, Mohd Ryzal bersama penduduk kampung menjalankan operasi mencari sebelum menjumpainya di dasar sungai yang terletak kira-kira 15 meter dari hadapan rumah mereka.

“Setelah tahu kedudukan asal arwah terjatuh, kami buat pencarian dan menemui basikalnya di tebing sungai sebelum menemui arwah di dasar sungai kira-kira 10 meter dari tempat dia terjatuh kira-kira pukul 8 malam,” katanya.

Katanya, sebaik dibawa ke atas, bantuan pernafasan diberikan, namun gagal sehinggalah Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

“Setiba di sana doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana saya tahu tempoh dia jatuh dan dijumpai hampir 45 minit dan sukar diselamatkan,” katanya.

Katanya, arwah anaknya itu juga jarang meninggalkan puasanya sejak dua tahun lepas.

“Arwah adalah anak yang mampu berpuasa kerana sampai akhir hayatnya dia masih berpuasa dan tahun lalu hanya sehari dua dia tak berpuasa,”katanya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Nur Zarif Hamani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Pida 4, di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan mengklafikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa

Sekianlah artikel Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Budak 6 Tahun Lemas Tidak Sempat Berbuka Puasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/budak-6-tahun-lemas-tidak-sempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :