Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran

Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran
link : Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran

Baca juga


Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran


Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 9 Mac lalu, sudah berkuat kuasa 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, tempoh kelonggaran diberikan sehingga 1 Julai ini, sebelum penguatkuasaan dijalankan sepenuhnya bagi memberi peluang orang ramai mengambil maklum berhubung pelaksanaan undang-undang baru itu.

Beliau berkata, pelaksanaan enakmen itu adalah bertujuan mencegah penggunaan tidak wajar berkaitan lambang, gelaran dan anugerah sekali gus sebagai usaha memartabatkan institusi diraja dan membanteras kegiatan penyalahgunaan elemen itu.

“Enakmen ini memperuntukkan undang-undang yang lebih ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah termasuk menggunakannya atau replikanya untuk tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan, profesion, sosial atau persendirian.

“Selain itu, tiada seorang juga boleh membuat, menempa dan menghasilkan dalam apa-apa bentuk lambang atau anugerah atau replikanya dalam apa-apa paten, cap dagangan atau reka bentuk.

“Adalah dilarang juga untuk membuat bagi tujuan untuk menjual atau mempamer untuk jualan serta mempamer atau melekatkannya pada mana-mana kenderaan,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Selain itu, Ayub berkata, kesalahan lain yang dinyatakan dalam enakmen berkenaan adalah larangan menggunakan gelaran atau anugerah yang dibatalkan atau ditarik balik; menggunakan gelaran atau anugerah yang bukan hak; memberi, menerima dan menggunakan lambang, gelaran dan anugerah yang tidak diiktiraf atau membuat lambang atau tanda kebesaran anugerah yang tidak diiktiraf.

Katanya, ia juga termasuk membuat peralatan mengandungi lambang atau tanda kebesaran tidak diiktiraf dan memiliki peralatan untuk membuat lambang atau tanda kebesaran yang tidak diiktiraf.

Bagaimanapun, Ayub berkata, permohonan penggunaan jata Kerajaan Negeri Johor boleh dikemukakan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan), manakala kebenaran menggunakan lain-lain lambang dan anugerah boleh dimohon ke Jabatan Diraja Johor.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran

Sekianlah artikel Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buruk Padahnya Jika Tipu Gelaran, Anugerah Kebesaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/buruk-padahnya-jika-tipu-gelaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :