link : Cabul Pesakit Lelaki: Doktor Singapura Nyaris Disebat
Cabul Pesakit Lelaki: Doktor Singapura Nyaris Disebat
SEORANG doktor nyaris disebat selepas didapati bersalah kerana mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang doktor, empat tahun lalu.
Tan Kok Leong, 51, dijatuhi hukuman penjara selama 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Singapura namun terselamat daripada sebarang hukuman sebatan hanya kerana beliau berumur lebih daripada 50 tahun.
Lapor portal Mediacorp, Hakim See Kee Oon berkata kesalahan Tan biasanya akan mendapat hukuman sebatan, tetapi lelaki itu terselamat kerana faktor umurnya yang telah melebihi 50 tahun.
Pakar pembedahan plastik itu dapati bersalah atas empat tuduhan, iaitu dua tuduhan mencabul kehormatan mangsa di Hotel Oasia pada 5 dan 6 Julai 2013 dan dua lagi tuduhan kerana menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum melakukan serangan seksual.
Pada hari kejadian, Tan melaksanakan liposuction procedure, iaitu prosedur menghapuskan lemak yang dijalankan selama dua hari ke atas mangsa di pusat perubatan Life Source Medical Centre.
Sebelum membawa mangsa ke Hotel, Tan mengarahkan penolong pembedahannya supaya meninggalkan wayar intravena yang berada di lengan lelaki tersebut.
Tan kemudian membawa mangsa ke Hotel Oasia, di mana dia menempah sebuah bilik dan memberinya ubat Dormicum, iaitu sejenis sedatif yang kuat.
Selepas mangsa tidak sedar, Tan menanggalkan pakaiannya lalu mengambil gambar alat sulit rakan sekerjanya itu ‘dalam pelbagai posisi’.
Mereka turut bermalam di hotel berkenaan dan Tan mengulangi perbuatan tersebut pada keesokan harinya sebelum mengambil lebih banyak gambar zakar mangsa itu.
Daripada lebih 20 gambar yang diambil Tan, dua daripadanya adalah gambar penuh yang menunjukkan mangsa tidak sedar diri dan hanya memakai hanya kemeja-T.
Dr. Gerald Tan, seorang rakan kongsi di Life Source Medical Centre berkata mujur beliau menemui gambar-gambar itu dan memberitan mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis.
Gambar-gambar tersebut juga dipercayai terdapat dalam telefon bimbit Tan. -MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Cabul Pesakit Lelaki: Doktor Singapura Nyaris Disebat
Anda sekarang membaca artikel Cabul Pesakit Lelaki: Doktor Singapura Nyaris Disebat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cabul-pesakit-lelaki-doktor-singapura.html