Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14

Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14
link : Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14

Baca juga


Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14


KUALA LUMPUR – Semua calon Barisan Nasional (BN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing sebelum diberi ‘lampu hijau’ untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain itu, beliau berkata mana-mana ahli parti atau wakil rakyat yang berpalit dengan skandal dan kes rasuah tidak sama sekali akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.

“Saya sendiri turut berbuat demikian (mengiisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2004.

“Kami akan menyiasat jika ada calon yang dikaitkan dengan rasuah dan sekiranya bebas daripada dakwaan rasuah, kami akan membenarkan calon berkenaan bertanding,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan hadir merasmikan Karnival KL Xtravaganza dan pusingan kedua Kejohanan SuperMoto Malaysia *(MSMC) di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti politik untuk tidak meletakkan calon yang ada kes rasuah pada PRU-14.

Khamis lepas, Dzulkifli menegaskan adalah penting untuk parti politik bukan sahaja memilih calon yang benar-benar bebas sebarang sabitan atau kes rasuah tetapi pada masa sama menghantar isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka tidak berkompromi dengan rasuah.

Terdahulu, Tengku Adnan, dalam ucapan perasmiannya, berkata program dua hari KL Xtravaganza dan MSMC ternyata memberi ruang riadah kepada warga kota pada hujung minggu.

“Lebih 100 artis dan selebriti di bawah Persatuan Karyawan terlibat dalam konsert KL Xtravaganza pada malam ini dan penglibatan 50 pelumba dalam MSMC ini,” katanya.

Katanya, kejohanan tempatan seperti MSMC ini turut akan mencungkil bakat penunggang muda berkualiti dalam kemahiran menunggang, etika dan keselamatan di atas trek dan jalan raya.

“Ia sekali gus menggalakkan golongan muda mengadakan sukan permotoran di platform yang disediakan dan mengelak risiko keselamatan dengan berlumba haram di jalanan,” katanya, – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14

Sekianlah artikel Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon BN Ada Kes Rasuah Tak Boleh Tanding PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/calon-bn-ada-kes-rasuah-tak-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :