link : Calon PM Britain Bertelagah Isu Brexit
Calon PM Britain Bertelagah Isu Brexit
LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, dan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, masing-masing mengambil haluan berbeza berhubung rundingan Brexit ketika tampil dalam siaran langsung di televisyen menjelang pilihan raya umum 8 Jun ini.
Sepuluh hari sebelum pilihan raya, kedua-dua seteru itu secara berasingan berhadapan pelbagai soalan daripada penduduk awam sebelum disoal penyampai veteran, Jeremy Paxman.
May enggan berdebat secara bersemuka dengan Corbyn, yang parti pimpinannya semakin merapatkan jurang dalam tinjauan pendapat, walaupun Konservatif kekal di hadapan.
Ketika Corbyn menegaskan beliau akan memastikan ada perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU) sebelum Britain meninggalkan blok itu, May pula berkata beliau sudah bersedia untuk keluar.
"Tiada perjanjian lebih baik daripada perjanjian yang teruk. Kita perlu bersedia untuk keluar," kata May berulang kali dalam rancangan 'Battle for Number 10' terbitan Sky News/Channel 4, menyedari sebahagian masyarakat Eropah mahu menghukum negara itu.
Corbyn, 68, berkata 'realiti' keputusan pungutan suara mengenai Brexit tahun lalu perlu dihormati dan menegaskan:
"Kami akan pastikan ada perjanjian. Kami tidak memulakan rundingan dengan diplomasi, mengancam Eropah dengan syurga cukai pesisir pantai di Eropah."
Kedua-dua calon Perdana Menteri Britain itu menyokong untuk kekal dalam EU sebelum pungutan suara Jun lalu, yang menyaksikan 52 peratus rakyat negara itu memilih meninggalkan blok berkenaan. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Calon PM Britain Bertelagah Isu Brexit
Sekianlah artikel Calon PM Britain Bertelagah Isu Brexit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon PM Britain Bertelagah Isu Brexit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/calon-pm-britain-bertelagah-isu-brexit.html