Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama

Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
link : Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama

Baca juga


Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama

28 Mei 2017. 10.35 AM

783

Gaya Hidup
Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
Seawal pukul 5 pagi tadi, peluang bersahur dan berbuka puasa hari pertama Ramadhan tahun ini tidak dilepaskan oleh pendatang baharu industri hiburan, Cassidy La Creme.

Merasakan sendiri nikmat bersahur, Cassidy, 29, kelihatan ceria dalam sepotong video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Video itu juga dikongsikan di Facebook.

Cassidy turut melayangkan ucapan selamat bersahur kepada penganut agama Islam. Tulisnya; "Selamat pagi semua! Saya sudah makan sahur... Dah makan? Selamat berpuasa."

Penyanyi itu turut memuat naik gambar juadah bersahur pertamanya.

Hal itu telah mendapat reaksi positif netizen yang memuji usahanya bersahur dan memberikan semangat untuk bersama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan.


"Selamat berpuasa Cassidy, selamat meraikan 1 Ramadhan. Jangan lepaskan peluang ke bazar Ramadhan dan mencuba pelbagai juadah enak nanti," ucap Norsyamimi Md Saad.

"Selamat mencuba... Kalau anda mampu melakukan selama 20 hari kita berduet nyanyi lagu raya ya," cabar Ajak Santero.

"Wanita yg cantik ialah wanita yg bangun sahur dengan natural looks . Cassidy contohnya," tulis Nik Harmirul Lee.

"Non muslim pun cuba nak puasa. Ada segelintir muslim yang tak nak puasa. Tak malu pulak tu makan depan orang," tempelak Muhamad Syahir Yaacob.

Cassidy merupakan penyanyi kelahiran Australia dan kini menetap di Kuala Lumpur. Sering menyanyikan semula lagu berbahasa Melayu, Cassidy kini muncul dengan single terbaharu berjudul Seperti Dia.

Teks oleh: Amri Hassan

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama

Sekianlah artikel Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cassidy-kongsi-pengalaman-puasa-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :