Cemas 7 jam

Cemas 7 jam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cemas 7 jam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cemas 7 jam
link : Cemas 7 jam

Baca juga


Cemas 7 jam

“KAMI terpaksa berlindung di dalam dewan hampir tujuh jam sebelum polis menasihatkan kami semua keluar bangunan terbabit.”

Begitulah situasi cemas yang terpaksa dilalui Tengku Mohd Azmin Tg Azhar, 31, yang bekerja berhampiran lokasi serangan bom di konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester, hari ini.

Kesemua mereka terpaksa berlindung sejak 10:35 malam waktu tempatan (5:35 pagi waktu Malaysia) hingga 5.30 pagi (12:30 tengah hari waktu Malaysia).

Dalam kejadian terbabit, 22 mangsa termasuk kanak-kanak terbunuh manakala 59 lagi cedera.

Tengku Mohd Azmin berkata, dia ketika itu sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan bagi majlis makan malam di dewan kira-kira tiga kilometer dari lokasi letupan.

Menurutnya, dewan berkenaan dipenuhi 700 tetamu sebuah syarikat dan selebihnya adalah pengendali dan pengawal keselamatan majlis terbabit.

"Sebaik insiden letupan itu berlaku, kami kemudian dimaklumkan oleh rakan sekerja yang bertugas di konsert terbabit. Bagaimanapun ketika itu kami masih belum diberitahu mengenai jumlah kematian.

"Disebabkan insiden itu juga, saya dan beberapa lagi petugas keselamatan diarahkan supaya mententeramkan tetamu untuk tidak panik dengan kejadian terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, majlis makan malam yang sepatutnya berakhir pada 11 malam itu terpaksa dihentikan dan semua individu tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bandar Manchester.

"Sepanjang tempoh itu, saya banyak ditugaskan untuk menjaga keselamatan tetamu. Paling utama adalah bagi memastikan semua tetamu tidak panik.

"Selepas hampir tujuh jam berada di dalam dewan, barulah kami menerima arahan polis membenarkan semua tetamu pulang," katanya.

Menurutnya, biarpun bimbang dengan keselamatan isteri dan anak perempuannya yang berada di rumah, namun dia tetap berdoa supaya tuhan melindungi keselamatan mereka semua.

"Isteri ada mesej dia bimbang keselamatan saya, namun saya tegaskan supaya kita berdoa dan semoga tuhan permudahkan urusan kerja saya pada hari ini. Alhamdulillah semuanya selamat dan tanggungjawab memastikan tetamu keluar juga dilaksanakan dengan mudah," katanya.

Menurutnya, kejadian letupan terbabit adalah yang pertama dilaluinya sepanjang dia dan keluarganya menetap di Manchester hampir dua tahun.

"Saya sedih dan kesal apabila serangan terbabit dilakukan di acara yang dipenuhi dengan kanak-kanak dan remaja. Apa dosa mereka sehingga serangan berkenaan dilakukan," katanya.

FOTO ihsan Tengku Mohd Azmin

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cemas 7 jam

Sekianlah artikel Cemas 7 jam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cemas 7 jam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cemas-7-jam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :