link : CIMB Catat Untung RM1.61 Bilion Pada Suku Pertama 2017
CIMB Catat Untung RM1.61 Bilion Pada Suku Pertama 2017
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM1.61 bilion pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2017 berbanding RM1.12 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
Menurut kumpulan tersebut dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, pendapatan meningkat kepada RM4.36 bilion berbanding RM3.73 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam satu kenyataan, Ketua Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata kumpulan tersebut mencatatkan keuntungan bersih tertinggi bagi suku tersebut sebanyak RM1.18 bilion, 45 peratus lebih tinggi daripada suku yang sama pada 2016 sejajar dengan keadaan ekonomi dan aktiviti pasaran modal serantau yang bertambah baik.
"Unit perniagaan utama kami semakin kukuh, dengan inisiatif pengurusan kos terus menunjukkan kemajuan dan kualiti aset memperlihatkan peningkatan berterusan" katanya.
Pada masa hadapan, beliau berkata, kumpulan itu yakin dalam berhati-hati bagi tempoh berbaki tahun ini, dengan keadaan ekonomi lebih stabil, peningkatan aktiviti serantau, penambahbaikan pasaran modal dan penurunan peruntukan merentasi geografi utama kumpulan tersebut. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel CIMB Catat Untung RM1.61 Bilion Pada Suku Pertama 2017
Sekianlah artikel CIMB Catat Untung RM1.61 Bilion Pada Suku Pertama 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CIMB Catat Untung RM1.61 Bilion Pada Suku Pertama 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cimb-catat-untung-rm161-bilion-pada.html