CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad
link : CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

Baca juga


CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd menyeru kepada semua peniaga dan pelanggannya untuk menggunakan PIN (nombor pengenalan peribadi) sebagai pengesahan bagi kad pembayaran keluaran tempatan seperti kad caj, debit, kredit dan prabayar yang digunakan pada terminal titik jualan (POS) di Malaysia.

Mulai 1 Julai dan seterusnya, tandatangan tidak boleh digunakan sebagai pengesahan bagi pembelian di terminal POS, sebaliknya PIN berbentuk enam angka diperlukan, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

"CIMB menyokong penuh langkah Bank Negara Malaysia untuk beralih kepada PIN bagi urus niaga kad pembayaran. Berikutan ini, kami telah meningkatkan usaha penglibatan dan komunikasi bagi memastikan penggunaan berasaskan PIN yang lancar kepada para pemegang kad dan peniaga.

"Saya ingin menggalakkan semua pemegang kad untuk menggunakan PIN mereka apabila membuat pembayaran kerana ianya lebih cepat, mudah dan selamat," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Sebelum 1 Januari 2017, semua kad-kad pembayaran berasaskan tandatangan telah digantikan dengan sistem PIN secara beransur-ansur.

Untuk membolehkan para pemegang kad dan peniaga membiasakan diri dengan sistem baharu ini, tempoh tangguh selama enam bulan diberikan iaitu mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2017.

Bermula 1 Julai 2017, peniaga bakal berhadapan dengan kemungkinan kehilangan urus niaga dan pelanggan boleh menghadapi kesulitan besar jika sistem berasaskan PIN tidak diterima pakai lagi.

CIMB menggesa para peniaga, termasuk hotel, mula meminta angka PIN daripada pelanggan-pelanggan dan tidak melangkaui permohonan bagi sistem berkenaan melalui urus niaga pada terminal POS.

Dengan menggunakan aplikasi analitik yang pintar, bank mampu mengenalpasti pelanggan yang belum lagi mengaktifkan kad pembayaran berasaskan PIN untuk menggunakan sistem ini berbanding tandatangan bagi pengesahan semasa pembelian.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad

Sekianlah artikel CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cimb-seru-pelanggan-gunakan-pin-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :