Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan

Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan
link : Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan

Baca juga


Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan


Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sumber SH


Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjalani hidup dengan bergaji RM1,500 sebulan.

Katanya, Najib hanya perlu menempuhi sebulan sahaja bagi membuktikan kenyataannya bahawa kos sara hidup di Malaysia terendah dalam kalangan negara Asean.

Menurut Syed Saddiq, gaji RM1,500 itu dipilih berdasarkan purata pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.

"Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia, cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu... boleh hidup tak, senang tak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu, di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kos sara hidup terendah? Realitinya, rakyat terbeban]

Syed Saddiq berkata demikian, susulan kenyataan Najib yang dipetik sebagai berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Jelas Najib, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia. Pejam Kelip malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan

Sekianlah artikel Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cuba-pm-rasai-bergaji-rm1500-sebulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :