Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan

Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan
link : Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan

Baca juga


Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan


KUCHING: Mencari dan mencungkil bakat baharu dalam arena sukan akan menjadi perhatian Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan dalam memastikan Sarawak mempunyai atlet pelapis selain mampu menjadi kuasa sukan di Malaysia.

Snowdan bagaimanapun berkata, buat masa ini beliau dan Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu mendapatkan maklumbalas secara menyeluruh daripada pegawai terlebih dahulu mengenai perancangan serta hala tuju kementerian.

Menurutnya, usaha tersebut penting untuk membolehkan perancangan strategik dan komprehensif dibuat bagi jangka masa panjang.

"Kita akan mencari atau mencungkil bakat baharu dalam arena sukan selain memastikan kita mempunyai pelapis sekaligus menjadi kuasa sukan di Malaysia," katanya.

Beliau turut menyatakan keazaman melakukan yang terbaik untuk membantu Karim membawa perubahan dalam kementerian.

Pada masa sama, Snowdan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada beliau menjadi menteri muda.

"Pelantikan ini adalah satu penghormatan dan penghargaan kepada PRS terutama penduduk Balai Ringin.

"Pada mulanya saya agak terperanjat dan tidak menjangka dilantik sebagai menteri muda," katanya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan

Sekianlah artikel Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cungkil-atlet-berbakat-keutamaan-snowdan.html

Subscribe to receive free email updates: