CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017

CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017
link : CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017

Baca juga


CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017

Cuti sekolah seminggu sempena Aidilfitri 2017! Segala teka-teki dan persoalan mengenai cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 akhirnya terjawab. Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bakal menikmati ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun ini.

Memetik sumber Utusan Online, Kementerian Pendidikan dalam satu pekeliling memberitahu, bagi sekolah kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 23 Jun sehingga 1 Julai ini.

Bagi sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bercuti pada 24 Jun sehingga 2 Julai ini.

Berdasarkan kepada pekeliling berkenaan pihak kementerian telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolah bagi 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Natal. Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan kementerian dan cuti ini tidak perlu diganti.

Sebelum ini, kekeliruan timbul ekoran penyebaran jadual cuti persekolahan selama seminggu di media sosial yang didakwa terlalu hampir dengan cuti pertengahan tahun selama dua minggu bermula 26 dan 27 Mei lalu.

Ini bermakna, murid dan pelajar akan bersekolah selama dua minggu selepas berakhir cuti pertengahan pada 11 Jun ini, sebelum kembali bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Sementara itu, cuti pertengahan tahun kali ini serentak dengan cuti perayaan Hari Kaamatan pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai pula jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.

Apa yang pasti, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang nak pulang berjaya kena rancang perjalanan dengan sebaiknya. Dijangkakan kesesakan teruk pada hari-hari akhir menjelang raya.

Semoga segalanya selamat. Insya Allah.

Tags: cuti sekolah, cuti sekolah 2017, cuti sekolah aidilfitri 2017, cuti sekolah raya 2017

Category: INFO SEMASA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017

Sekianlah artikel CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CUTI SEKOLAH SEMINGGU SEMPENA AIDILFITRI 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cuti-sekolah-seminggu-sempena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :