DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR

DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR
link : DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR

Baca juga


DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR

Tak cukup menggesa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya awal di Selangor, hari ini aktivis DAP Dr Abdul Aziz Bari menggesa pula Menteri Besar Selangor itu keluarkan tiga exco PAS atau mereka sendiri meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.



Menggesa mengadakan piliharan raya awal di Selangor kononnya kerana ingin mengelakkan semua spekulasi terhadap kerajaan pimpinan Timbalan Presiden PKR itu dan menyelesaikan masalah perkongsian kuasa dengan PAS yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan PKR dan DAP.



Katanya, mandat baharu daripada pengundi di Selangor akan menamatkan ketidaktentuan yang muncul selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti itu yang baru berakhir.



Kali ini kataya, dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.



Gesaannya itu pun kerana beliau tidak dapat menerima kenyataan Azmin semalam yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.



“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” kata Abdul Aziz.



Petang semalam, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR terbatal. Malah menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.



Abdul Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.



“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik,” katanya.



Manakala, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin pula menggesa semua parti pembangkang menumpukan kepada pembentukan kerajaan persekutuan baharu tanpa PAS.



“Kita tahu ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan kita. Di pihak kami, kita cuma perlu teruskan mandat sedia ada. Apa yang penting ialah dapatkan mandat baharu dari rakyat pada pilihan raya umum akan datang.



“Terpulang kepada parti politik untuk membuat keputusan bagaimana mencipta suatu pakatan pilihan raya atau gabungan.



“Siapa kita untuk menghalang mereka apabila ia adalah hak PAS memilih jalannya sendiri?”



“Tetapi saya perlu katakan saya nampak alasan yang PAS berikan untuk memutuskan tahaluf siyasi sebagai ‘tidak sah’. Ini adalah keputusan PAS,” kata Afif.


Demikianlah Artikel DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR

Sekianlah artikel DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dap-cabar-azmin-ali-pecat-exco-pas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :