DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS

DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS
link : DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS

Baca juga


DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS

DAP sepatutnya sudah lama keluar meninggalkan kerajaan negeri Selangor memandangkan sebelum ini Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun berkubur pada 2015.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Idris Ahmad berkata, Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada 2015 memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud dan tindakan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan keluar dari kerajaan negeri itu.

“Jadi kenapa sekarang mereka nak Exco kita lepaskan jawatan dalam kerajaan negeri selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR,” katanya mempertikai gesaan DAP yang mahu PAS melepaskan semua jawatan di dalam kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respons bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia, namun tidak dapat bertahan lama dan terkubur pada 2015.

Justeru itu, Idris mempertikai gesaan DAP yang mahu 3 Exco dan kepimpinan PAS Selangor supaya melepaskan semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor selepas parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menempelak PAS dan menyifatkan parti Islam itu “bersekedudukan” dengan PKR meskipun sudah bercerai dengan “talak tiga”.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin menjelaskan bahawa kedudukan PAS Selangor di dalam kerajaan negeri itu bakal diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada Khamis ini.


Demikianlah Artikel DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS

Sekianlah artikel DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dap-patut-dah-lama-keluar-dari-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :