link : DAP Tidak Akan Beri Laluan Mudah Kepada BN
DAP Tidak Akan Beri Laluan Mudah Kepada BN
MIRI: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen bertegas untuk memastikan Barisan Nasiaonal (BN) tidak akan menang dengan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut.
“Kami tidak akan membiarkan BN menang tanpa bertanding dalam PRK Pujut sebaliknya akan meletak calon saingan,” katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Chong memaklumkan pihaknya tidak akan mengumum calon berkenaan kerana tumpuan utama sekarang ialah menyaman Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana melucut jawatan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, baru-baru ini.
“DAP akan menyaman DUN di mahkamah dan salinan akan diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kuching untuk mencabar keputusan DUN sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, alasan utama saman keputusan DUN itu ialah kerana ia melampaui kuasa mahkamah.
“Berdasarkan tafsiran DAP, selagi Dr Ting menyerahkan kerakyatan Australia, beliau adalah warganegara Malaysia dan layak dipilih sebagai wakil rakyat.
“BN sepatutnya menghormati keputusan mahkamah terhadap petisyen dikemuka terhadap Dr Ting yang memihak kepada beliau. Dalam hal ini, DUN tidak boleh melangkaui kuasa mahkamah,” jelasnya.
Tambahnya lagi, SPR juga sepatutnya menghormati proses mahkamah dan tidak mengumumkan PRK hanya kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada BN. – Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel DAP Tidak Akan Beri Laluan Mudah Kepada BN
Sekianlah artikel DAP Tidak Akan Beri Laluan Mudah Kepada BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP Tidak Akan Beri Laluan Mudah Kepada BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dap-tidak-akan-beri-laluan-mudah-kepada.html