Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri

Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri
link : Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri

Baca juga


Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri

Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri

Perkahwinan hak peribadi. (Gambar: GegarVaganza)

Akhirnya selepas 10 tahun solo, Datuk Jamal Abdillah menamatkan zaman dudanya pada 1 April lalu apabila memilih gadis berusia 23 tahun sebagai isteri.

Namun, seperti perkahwinan terdahulu pemilik nama Jamal Ubaidillah Ali, 58, lebih selesa tidak menggembar-gemburkan pernikahan kali ke empatnya.

Malah identiti isteri baharu mahu pun perincian mengenai majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat juga tidak didedahkan.

Sumber terdekat memaklumkan wanita bertuah yang berjaya mencuri hati penghibur bersuara emas itu berasal dari Kulim, Kedah.

Menerusi maklum balas kepada pihak media, beliau mengesahkan mengenai berita pernikahannya namun tidak mahu mengulas lebih lanjut.

"Cukup sekadar ya saya telah bernikah, selebihnya saya tidak mahu kongsikan. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” balasnya menerusi Whatsapp.

Terdahulu Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada 1988 namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu kemudian mengahwini Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan anak  lelaki Osama Yamani yang kini mencecah usia 16 tahun.

Bagaimanapun perkahwinan mereka juga tidak berkekalan dan selepas itu beliau bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005.

Menerusi perkongsian hidup selama dua tahun itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Zaki Yamani yang sekarang berumur 10 tahun.

Tahniah dari kami seluruh team Rojak Daily Kaw! Semoga kasih sayang yang bersemi terus subur hingga ke hujung nyawa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri

Sekianlah artikel Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Jamal Abdillah Pilih Gadis Berusia 23 Tahun Jadi Isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/datuk-jamal-abdillah-pilih-gadis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :