link : David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka
David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka
PETALING JAYA: David Teo diminta memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia susulan kebiadabannya pada program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama penggiat seni di Putrajaya, malam tadi.
Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria, berkata pihaknya juga mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas kepada penerbit filem itu sebagai pengajaran supaya insiden sama tidak berulang pada masa depan.
Katanya, tindakan David malam tadi jelas tidak menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menganjurkan program untuk penggiat seni di kediamannya.
"Kita gesa David mesti memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah biadab di dalam program Perdana Menteri. Permohonan maaf ini perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari.
"Satu tindakan juga perlu diambil kepada David sebagai pengajaran terhadap semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya jangan biadab kepada Perdana Menteri terutama dalam majlis rasmi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di depan bangunan Metrowealth MIG di sini.
Mengulas lanjut Razali turut meminta Kementerian Pertahanan supaya menarik kembali pangkat Mejar (Kehormat) daripada David kerana mencemarkan pangkat terbabit. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka
Sekianlah artikel David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/david-teo-diminta-mohon-maaf-secara.html