David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf

David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf
link : David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf

Baca juga


David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf

SUSULAN terdapat desakan daripada pihak tertentu yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), Mejar (K) Datuk David Teo mengemukakan permohonan maaf, beliau pula berpendapat sebaliknya.

Malah David dipetik sebagai berkata,  dunia ini pelik apabila beliau pula yang harus meminta maaf susulan insiden tersebut.

“Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai? Dunia yang pelik,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Terdahulu, Majlis Dialog TN50 bersama penggiat seni  kecoh selepas pelakon, Sulaiman Yassin atau turut dikenali sebagai Mat Over menampar David di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya.

Tambah David lagi, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada malam kejadian dan PM Najib sendiri sudah memaafkannya.

“Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan PM sendiri mahu saya berbuat demikian.

“Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku,” tambahnya lagi.

The post David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf

Sekianlah artikel David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel David Teo pelik kenapa dia yang kena minta maaf dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/david-teo-pelik-kenapa-dia-yang-kena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :