link : Debaran buat Real
Debaran buat Real
Madrid: Biarpun sering dikaitkan dengan kejayaan Piala Eropah, Zinedine Zidane dan Real Madrid bakal mencipta sejarah tersendiri pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus di Cardiff Sabtu ini.
Sejak Piala Eropah dijenamakan kembali dan dikembangkan sebagai Liga Juara-Juara pada 1992, tiada pasukan yang mampu mempertahankan gelaran itu.
Bagaimanapun, 18 bulan selepas menggalas tugas sebagai pengurus skuad senior, Zidane semakin hampir menempatkan dirinya untuk menjadi jurulatih ke-20 menjuarai pertandingan itu dua kali.
Apatah lagi, gelaran Eropah ke-12 buat Madrid akan mengesahkan kembali status mereka sebagai raja Eropah dengan gelaran Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh empat musim.
“Saya seorang jurulatih bermakna saya sudah melakukan sesuatu yang betul tapi semua orang dalam skuad ini menjalankan tugas luar biasa,” kata Zidane selepas Real berjaya mengatasi Atletico Madrid pada separuh akhir.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Debaran buat Real
Anda sekarang membaca artikel Debaran buat Real dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/debaran-buat-real.html