Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia

Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia
link : Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia

Baca juga


Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia



Tidak hanya merancang kerjaya di tanah air, penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci ini juga berimpian menembusi pasaran antarabangsa meskipun perlu berdepan cabaran.

Justeru bagi membuktikan kesungguhannya itu, wanita berusia 31 tahun ini merancang berhijrah beberapa tahun dalam usaha mencari peluang baru di luar negara.

"Mungkin ada yang kata saya dah berjaya melalui pencapaian sebelum ni, namun secara peribadi, memang tak cukup lagi sebab impian saya nak harumkan nama negara dalam bidang ini.

"Selagi impian tu tak tercapai, saya takkan putus asa dan akan cari jalan bagi merealisasikannya. Lagipun, sejak kecil saya dah terbiasa berjuang nak dapatkan apa yang saya mahu,” katanya yang sebelum ini cukup popular menerusi lagu Terus Teranglah.

“Banyak perkara yang sedang dirancang untuk kerjaya seni saya pada masa akan datang. Salah satunya adalah berhijrah ke luar negara buat seketika untuk menimba ilmu dan pengalaman selain mengintai peluang terbaik di sana,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Bekas ratu cantik Malaysia 2008 ini dijangka memulakan penghijrahannya itu sekitar Jun atau Julai namun enggan berkongsi negara yang akan ditujunya.

Wincci, sebelum ini pernah mencipta nama di Taiwan dan kini sedang menyelesaikan kerja yang masih berbaki kerana pemergiannya kali ini mungkin menjangkau tempoh 10 tahun.

"Ketika di Taiwan saya kerap berulang-alik Taiwan-Kuala Lumpur kerana terikat dengan banyak komitmen, kali ini berbeza di mana saya akan belajar sambil bekerja,” katanya yang turut aktif dalam kerja-kerja penerbitan.

Dalam perkembangan lain, Winnci bakal muncul filem Kau Yang Satu, arahan Osman Ali. - MD

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia

Sekianlah artikel Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Demi Cita-cita, Wincci Nekad Tinggalkan Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/demi-cita-cita-wincci-nekad-tinggalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :