DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH

DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH
link : DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH

Baca juga


DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang ‘membuat pusingan U secara mendadak dan drastik’ terhadap DAP setelah mengutuk dan benci kepada parti itu selama lebih 44 tahun.

Mengulas ucapan bekas perdana menteri itu di Gelang Patah, Johor Bahru malam tadi, beliau berkata pendirian Dr Mahathir mengenai DAP akhir-akhir ini amat jauh berbeza dengan pada Mei 2013 di mana beliau melabelkan penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai seorang rasis, yang patut ‘dikebumikan’ saja di sana.

Aneh sungguh apabila malam tadi, ketika berucap di Gelang Patah, Dr Mahathir membuat pusingan U daripada pendirian beliau pada Mei 2013 itu.

Bolehlah kita andaikan bahawa dalam keadaan beliau yang terdesak, Dr Mahathir sanggup melakukan apa saja kerana beliau sedar bahawa jika tidak mendapat sokongan kaum Cina, partinya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pakatan Harapan akan dihapuskan pada pilihan raya umum akan datang kerana sekarang pun, mereka sudah kehilangan sokongan pengundi Melayu, kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Katanya Dr Mahathir tidak henti-henti mengutuk DAP dan penyokongnya daripada kaum Cina dari 1969 hingga 2013.

Pada 1969, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sokongan orang Cina untuk memenangi pilihan raya (umum) dan dengan undi orang Melayu sahaja, boleh boleh menang. Akibatnya, orang Cina membuat keputusan memberi undi mereka kepada PAS dan Yusof Rawa mendapat kemenangan.

Kemudian, Dr Mahathir bertindak balas dengan menulis buku yang berpendirian anti-Cina, ‘The Malay Dilemma’, yang diharamkan kerajaan, kata beliau.

Salleh seterusnya berkata selepas Pilihan Raya Umum 2013, Dr Mahathir menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana katanya, beliau hanya membuang masa melayan pengundi Cina sebab mereka tidak akan sekali-kali mengundi Barisan Nasional dan lebih baik sahaja beliau memberi fokus terhadap pengundi Melayu, yang menjadi tulang belakang bagi sokongan terhadap UMNO. -Klxpress


Demikianlah Artikel DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH

Sekianlah artikel DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DR MAHATHIR TIBA-TIBA BUAT PUSINGAN U SETELAH 44 TAHUN KUTUK DAP – SALLEH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dr-mahathir-tiba-tiba-buat-pusingan-u.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :