link : Dua Maut Letupan Bom Di Jakarta Timur
Dua Maut Letupan Bom Di Jakarta Timur
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada Rabu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, ANTARA.
Dilaporkan lima orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Agensi itu melaporkan setakat ini, seorang lelaki dan seorang wanita dilaporkan terbunuh.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Rumah Sakit Jatinegara, Jakarta Timur.
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Dua Maut Letupan Bom Di Jakarta Timur
Sekianlah artikel Dua Maut Letupan Bom Di Jakarta Timur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Maut Letupan Bom Di Jakarta Timur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-maut-letupan-bom-di-jakarta-timur.html