link : Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Sri Aman
Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Sri Aman
SRI AMAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas lori kargo yang dinaikinya melanggar sebuah lori tangki minyak dalam kejadian berhampiran Kampung Sabal Aping, Jalan Kuching-Sri Aman dekat sini semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa pemandu dan kelindan lori kargo yang dikenali sebagai Wong Soon Kui disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala Lee Poh Ang meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang dinaiki Wong dan Lee datang dari arah Sri Aman telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori tangki minyak yang datang dari arah Kuching menuju ke Jalan Sri Aman.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan pada jam 11.05 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya anggota ke lokasi kejadian mendapati seorang mangsa iaitu pemandu lori kargo tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan perenggang teleskopik.
"Mayat mangsa dan mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya." katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak DSP BingKok John ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Sri Aman
Sekianlah artikel Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Sri Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Sri Aman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-maut-seorang-parah-kemalangan-di.html