link : Dua penjenayah tersungkur
Dua penjenayah tersungkur
DUA penjenayah dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu pada 10.05 malam tadi.
Kedua-duanya yang menaiki kereta jenis Proton Wira sebelum itu diekori sepasukan polis dari Wakaf Che Yeh hingga ke kawasan berkenaan, sejauh kira-kira lima kilometer.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kedua-dua suspek dikehendaki susulan beberapa kes samun di bank sekitar Kelantan.
"Suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah polis dan terkena sisi kiri kenderaan polis.
"Sebelum itu, pada petang, kita menahan dua suspek di sekitar Kota Bharu, " katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan sidang media mengenainya akan diadakan pagi esok.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Dua penjenayah tersungkur
Anda sekarang membaca artikel Dua penjenayah tersungkur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-penjenayah-tersungkur.html