Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000

Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000
link : Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000

Baca juga


Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000

SHAH ALAM: Dua pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan rasuah sebanyak RM600,000, enam tahun lepas.

Leftenan Kolonel (B) Kamal Baharin Nali, 48, dan Kapten (B) Fadzil Noor Alias, 38, didakwa memperoleh suapan daripada pemilik syarikat ARG Tech Sdn Bhd, Ab Rahim Ghalim melalui peguam, Wan Ahmad Idzham Wan Sulaiman, dalam bentuk dua keping cek Affinbank Bhd yang bernilai RM600,000.

Suapan itu sebagai upah membantu Ab Rahim mendapatkan bayaran tertunggak berjumlah RM14.5 juta bagi 52 invois ARG Tech Sdn Bhd untuk kerja-kerja kontrak.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ARG Tech yang beralamat di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dekat sini, pada 14 Dis 2011.

Fadzil Noor pula dituduh bersubahat membantu Kamal Baharin menerima suapan itu daripada Ab Rahim melalui Wan Ahmad Idzham, di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili kedua-dua tertuduh manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh - BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000

Sekianlah artikel Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-pesara-tudm-hadapi-tuduhan-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :