link : #DUNSarawak: Chukpai Memohon Kerajaan Luluskan Pemberian Surat Hak Milik Tanah
#DUNSarawak: Chukpai Memohon Kerajaan Luluskan Pemberian Surat Hak Milik Tanah
KUCHING: Chukpai Ugon (BN-Murum) memohon kerajaan meluluskan surat hak milik tanah ke atas 922 Lot, baki lot bilik dan lot tanah tidak mempunyai surat hakmilik tanah.
Beliau berkata, ia melibatkan jumlah premium sebanyak RM880,510 yang diumumkan dan disampaikan kelulusan secara dasar hakmilik kekal di bawah Seksyen 18.
"Kita juga memohon agar kerajaan membayar balik premium yang dibayar melalui potongan terus daripada pampasan pemilik bagi 1,178 keluarga yang telah mendapatkan surat hakmilik tanah mereka masing-masing dan jumlah premium yang dibayar adalah RM2,343,042.
"Ini kerana sekiranya kerajaan memberi tanah ini dibawah Seksyen 18 - Hakmilik Kekal maka premium bagi tanah-tanah ini adalah percuma," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri.
Chukpai turut memohon kelulusan bagi tanah gantian seluas 2,450 ekar yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit untuk mengganti lot pertanian yang tidak sesuai untuk diusahakan.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Chukpai Memohon Kerajaan Luluskan Pemberian Surat Hak Milik Tanah
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Chukpai Memohon Kerajaan Luluskan Pemberian Surat Hak Milik Tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Chukpai Memohon Kerajaan Luluskan Pemberian Surat Hak Milik Tanah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-chukpai-memohon-kerajaan.html