link : #DUNSarawak: Fasa Kedua SCORE Tumpu Industri Hiliran
#DUNSarawak: Fasa Kedua SCORE Tumpu Industri Hiliran
KUCHING: Pelan Pembangunan Fasa kedua Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dari tahun 2016 hingga 2020 akan memberi lebih tumpuan kepada industri hiliran.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia akan memanfaatkan produk sebagai pencetus industri sedia ada di SCORE sebagai bahan mentah.
"Kawasan tapak ini merangkumi 100 hektar di Taman Perindustrian Samalaju diluluskan sebagai Kluster SME untuk melengkapkan nilai tambah aktiviti hiliran dan perkhidmatan sokongan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Malah menurutnya, setakat ini SCORE berjaya menarik pelaburan berjumlah RM33.64 bilion untuk industri aluminium, aloi fero dan polihabluran.
"Projek ini dijangka menjana kira-kira 17,000 peluang pekerjaan di SCORE," ujarnya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Fasa Kedua SCORE Tumpu Industri Hiliran
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Fasa Kedua SCORE Tumpu Industri Hiliran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Fasa Kedua SCORE Tumpu Industri Hiliran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-fasa-kedua-score-tumpu.html