#DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini

#DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini
link : #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini

Baca juga


#DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini

PETRA JAYA: Pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 74 Pujut telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengesahkan pihak SPR telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 16 Mei 2017 (hari ini) berkenaan perlucutan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut dibawah Artikel 21 (5) Perlembangaan Negeri.

 “Berikutan itu, perkara ini diserahkan kepada pihak SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media di DUN di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dilucutkan jawatan sebagai ADUN berikutan satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Usul berkenaan dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Sri Wong Soon Koh yang mendakwa Dr Ting hilang kelayakan sebagai ADUN kerana memperolehi kewarganegaraan Australia, berdaftar sebagai pengundi di negara itu dan berikrar taat setia kepada negara di luar persekutuan Malaysia.

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata, berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

"Oleh itu, di bawah Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, dia bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi ahli Dewan yang mulia ini," kata Wong.

Penyingkiran wakil DAP itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Pujut. - Sarawakiana

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini

Sekianlah artikel #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Pemakluman Rasmi DUN Pujut Dihantar Pada SPR Hari ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-pemakluman-rasmi-dun-pujut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :