link : #DUNSarawak: Pencerobohan Kapal Asing, Kerajaan Negeri Tidak 'Tutup Mata'
#DUNSarawak: Pencerobohan Kapal Asing, Kerajaan Negeri Tidak 'Tutup Mata'
KUCHING: Isu pencerobohan kapal asing dan tidak mematuhi peraturan di negeri ini amat serius, kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Bagaimanapun beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri ini tidak pernah 'tutup mata' melibatkan isu tersebut.
Malah menurutnya, kerjasama sentiasa dijalinkan antara kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam usaha memerangi perkara terbabut.
“Kerajaan berpendapat bahawa isu pencerobohan oleh kapal-kapal asing dan tindakan tidak mematuhi peraturan amat serius malah kerajaan akan mengambil tindakan untuk menangani isu ini,”
“Mengenai isu pencerabohan, sejak 2015 sehingga April 2017, sebanyak 33 vesel asing penangkapan ikan tanpa izin telah ditangkap, didenda dan bot mereka telah dirampas,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau menambah, pada tahun 2016, sebanyak 163 lesen perikanan laut dalam telah dikeluarkan manakala 81 telah dibatalkan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan.
Uggah menjelaskan, dalam usaha membangunkan industri perikanan, kerajaan telah membina infrastruktur utama seperti pelabuhan bersepadu memancing, jeti pendaratan ikan, kemudahan sokongam dan utiliti seperti kemudahan pengeluaran blok ais, kemudahan pemprosesan, bilik sejuk dan kemudahan simpanan.
“Kita perlu memastikan kemudahan infrastruktur yang terdapat di Pelabuhan Perikanan Bersepadu Tanjung Manis digunakan dengan optimum dan 100% daripada tangkapan mendarat di pelabuhan untuk meningkatkan hasil pengambilan ikan ke dalam negeri,” ujarnya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Pencerobohan Kapal Asing, Kerajaan Negeri Tidak 'Tutup Mata'
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Pencerobohan Kapal Asing, Kerajaan Negeri Tidak 'Tutup Mata' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Pencerobohan Kapal Asing, Kerajaan Negeri Tidak 'Tutup Mata' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-pencerobohan-kapal-asing.html