link : #DUNSarawak: Sekolah Kurang Murid Punca Sekolah Luar Bandar Masih Ketinggalan
#DUNSarawak: Sekolah Kurang Murid Punca Sekolah Luar Bandar Masih Ketinggalan
KUCHING : Sekolah Kurang Murid (SKM) telah menjadi satu fenomena di kawasan luar bandar menyebabkan pelajar tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih baik termasuk mendapatkan guru pakar dimana ianya penting untuk pembelajaran.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, disebabkan faktor tersebut, pelajar tidak dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk mencapai kecermelangan dan merealisasikan potensi mereka sebagai pelajar.
"Hal ini telah menyebabkan kita kehilangan peluang dari segi modal insan. Ini adalah satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada keluarga mereka.
"Saya percaya sekiranya mereka diberi peluang untuk belajar dengan kemudahan yang lengkap dalam keadaan yang kondusif sudah pasti mereka menunjukkan prestasi yang baik untuk menjadi individu yang berjaya," katanya,
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-18 di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, inilah masanya kerajaan negeri berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk bersama -sama menyelesaikan masalah yang berkaitan sektor pendidikan.
"Kementerian saya akan merangka secara menyeluruh untuk menangani isu-isu ini,"ujarnya - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Sekolah Kurang Murid Punca Sekolah Luar Bandar Masih Ketinggalan
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Sekolah Kurang Murid Punca Sekolah Luar Bandar Masih Ketinggalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Sekolah Kurang Murid Punca Sekolah Luar Bandar Masih Ketinggalan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-sekolah-kurang-murid-punca.html