link : #DUNSarawak: Selesaikan Segera Kekurangan Guru Agama Di Sarawak
#DUNSarawak: Selesaikan Segera Kekurangan Guru Agama Di Sarawak
KUCHING : Datuk Dr Juanda Jaya (BN-Jemoreng) memohon kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat segera menyelesaikan isu kekurangan guru agama di sekolah di seluruh Sarawak.
Menurutnya, lebih 500 guru agama amat diperlukan di sekolah rendah dan menengah di negeri ini.
“Kerajaan masih gagal dalam perkara yang amat asas iaitu menyediakan bilangan yang cukup untuk guru subjek agama Islam di sekolah.
“Tak usahlah kita terlalu taksub dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengganggu keharmonian amalan beragama di Sarawak. Pembangkang tidak akan sokong anak-anak kita mendapat pendidikan yang secukupnya,” katanya.
Juanda turut menegaskan sekiranya terlalu taksub dan terpengaruh dengan agenda pembangkang, akhirnya pendidikan pelajar akan terabai.
Tambah Juanda lagi, pengajaran subjek agama Islam di mana-mana adalah serupa, tiada bezanya.
“Kalaulah guru anak tempatan tidak cukup maka latihlah mereka. Usah lengah membuang masa. Jika belum cukup lagi, gunakan sementara tenaga dari luar seperti Semenanjung atau Sabah.
“Bahkan jika pembangkang seperti ADUN Kota Sentosa (Chong) mahu jadi guru subjek agama Islam pun apa salahnya asalkan berkelayakan,” katanya sambil menempelak Chong yang pernah membangkitkan isu guru agama di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 hari ini. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Selesaikan Segera Kekurangan Guru Agama Di Sarawak
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Selesaikan Segera Kekurangan Guru Agama Di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Selesaikan Segera Kekurangan Guru Agama Di Sarawak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-selesaikan-segera-kekurangan.html