link : #DUNSarawak: Tiada Rancangan Wujud Pusat Kraftangan Di Kapit
#DUNSarawak: Tiada Rancangan Wujud Pusat Kraftangan Di Kapit
KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Lee Kim Shin berkata, kementeriannya belum ada perancangan mewujudkan pusat kraftangan di Kapit buat masa sekarang.
Menurutnya, Perbadanan Kraftangan Malaysia dan Majlis Kraf Sarawak akan menjalankan pemantauan untuk megkaji keperluan mewujudkan pusat kraftangan di Kapit.
“Pada masa sekarang, pengusaha kraftangan menjalankan aktiviti mereka di kediaman masing-masing,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab solan Jefferson Jamit Unyat (BN Bukit Goram) brhubung soalan apakah perancangan Kerajaan untuk mewujudkan Pusat Kraftangan di Kapit.
Bagaimanpun, Lee memaklumkan bagi aktiviti penenunan pua, Kraftangan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM 62,130 untuk membina bengkel dan bantuan peralatan tenunan pua yang diketuai Suzy Imbah di Nanga Entawau.
“Sebanyak RM 120,000 juga telah dihulurkan sebagai bantuan peralatan memproses bahan pewarna asli di bawah Puan Bangi Embol di Sungai Kain, Balleh,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Kraftangan Malaysia juga mengemukakan cadangan untuk menjadikan Bahagian Kapit sebagai Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Kraf Tenunan Pua di peringkat kebangsaan dalam tahun 2016 dan masih menunggu kelulusan. -Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Tiada Rancangan Wujud Pusat Kraftangan Di Kapit
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Tiada Rancangan Wujud Pusat Kraftangan Di Kapit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Tiada Rancangan Wujud Pusat Kraftangan Di Kapit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-tiada-rancangan-wujud-pusat.html