link : Duterte Mahu Runding Minta Militan Bebas Tebusan
Duterte Mahu Runding Minta Militan Bebas Tebusan
PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte meminta agar kumpulan militan melepaskan tebusan dan memulakan rundingan bagi menyelesaikan peperangan di selatan Marwai.
Duterte dipetik sebagai berkata, pertempuran jalanan yang berlarutan di bandar Marawi sejak elasa lalu membuktikan bahawa kumpulan Daesh telak bertapak di pulau Mindanao.
Namun katanya, peluang masih lagi ada untuk mengembalikan semula keamanan di kawasan bergolak itu.
“Anda boleh mengatakan bahawa Daesh sudah berada di sini. Mesej saya kepada pengganas di kawasan lain adalah bahawa kita masih boleh mencri penyelesaian menerusi rundingan.
“Tetapi jika anda (militan) tidak mahu menghentikan pertempuran ini, jadi biarkan. Mari kita berperang,” katanya, lapor Reuters.
Sementara itu, pasukan khas komando teah dikerahkan untuk mengusir 20 hingga 30 kumpulan pemberontak Maute yang mengepung bandar Marawi dan mereka dikatakan berhadapan dengan serangan hebat apabila tentera melancarkan serangan udara kelmarin.
Menurut pasukan tentera, 11 anggota tentera dan 31 militan terbunuh. Duterte sebelum ini mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh Pulau Mindanao.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Duterte Mahu Runding Minta Militan Bebas Tebusan
Anda sekarang membaca artikel Duterte Mahu Runding Minta Militan Bebas Tebusan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/duterte-mahu-runding-minta-militan.html