Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung

Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung
link : Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung

Baca juga


Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung



KANGAR: Dua lelaki termasuk seorang warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu, awal bulan ini.

Jamil Abdul Ghani dan Kitti Semruk masing-masing berusia 55 tahun berdepan pertuduhan yang didakwa dilakukan secara bersama di laluan Import, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 3 Mei lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Jamil dan Kitti Semruk didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu syabu seberat 28 kilogram (kg).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala Kitti diwakili peguam, S Rethinakuma dan Jamil tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi memperoleh laporan kimia.

BH sebelum ini melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis merampas 28 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam 28 plastik bungkusan teh di ICQ Padang Besar.

Dadah bernilai kira-kira RM1.9 juta itu ditemui dalam kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki dua lelaki termasuk seorang warga Thailand.-BHOnline

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung

Sekianlah artikel Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Edar 28kg Syabu, 2 Lelaki Berdepan Tali Gantung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/edar-28kg-syabu-2-lelaki-berdepan-tali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :