Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri
link : Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

Baca juga


Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

Ramalan awal bahawa kemenangan Mentor Milenia 2017 bakal dimenangi oleh peserta kegemaran ramai iaitu Usop nampaknya meleset apabila gadis berasal dari Sabah Elica diumumkan sebagai juara program realiti itu.

Elica, 17, ketika ditemui juga terkejut dan tidak menjangka dapat menewaskan tiga peserta yang bertanding pada malam final berkenaan.

Pemilik nama sebenar Angelica Paujin ini berkata, kegembiraan itu akan dikongsinya dengan mengadakan sebuah majlis kesyukuran di kediamannya dalam masa terdekat.

“Saya merancang untuk balik Sabah pada Khamis ini bagi membuat persiapan kenduri untuk ahli keluarga yang banyak memberi sokongan sepanjang saya berada dalam pertandingan ini.

“Ia juga sebagai meminta restu daripada ibu-bapa saya untuk menceburi bidang ini dan inilah masa saya untuk membalas susah payah mereka selama ini,” ujarnya.

Elica diumum sebagai juara Mentor Milenia 2017  di Plaza Alam Sentral, malam Ahad. Ia disiarkan di TV3.

Kemenangan tersebut membolehkan Elica membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi, telefon bimbit Neffos X1 Max dan pakej percutian ke London.

Peserta berasal dari Tambunan, Sabah ini menyanyikan lagu Samar Bayangan dan Ceritera Cinta duet bersama Heal Husaini.

Dalam pada itu, ditanya perancangannya, Elica berkata, buat masa ini dia akan ulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur jika ada sebarang persembahan.

“Buat masa sekarang saya belum ada perancangan untuk berpindah ke Kuala Lumpur tapi ulang alik dari Sabah. Namun jika ada persembahan yang panjang yang memerlukan saya berada dalam tempoh yang lama barulah saya akan tinggal di sini,”ujarnya.

Sementara itu, Akim berkata, biarpun sudah tidak melepaskan tanggungjawab sebagai mentor, namun dia berjanji untuk membantu Elica memulakan kerjaya seni dengan sebuah lagu ciptaannya.

“Saya sudah boleh lepas tangan kerana dia kini berada di bawah pihak pengurusan TV3.
Bagaimanapun, pada peringkat awal ini saya akan bantu mana yang termampu.

“Selain itu, saya ada sediakan sebuah lagu ciptaan saya sebagai single pertama dia,” ujarnya.

Pada malam final Mentor Milenia 2017 menyaksikan peserta popular Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, anak didik kepada Hazama pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000.

Manakala, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, atau Along yang juga protege Tomok, berpuas hati dengan tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, meraih tempat keempat dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga. Syeera memenangi wang tunai RM10,000.

The post Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

Sekianlah artikel Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/elica-mahu-balik-sabah-buat-kenduri_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :