Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]

Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]
link : Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]

Baca juga


Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]

ENAM individu termasuk empat doktor didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan Georgetown, hari ini, atas tuduhan memanipulasi pembaharuan Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), Februari lalu.

Empat tertuduh, Dr Kamal Fasha Hussain, 55, dan Dr See Teik Guan, 49, bersama dua orang tengah, Chan Ah Kow, 57, dan Lim Geok Huat, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Dr Kamal Fasha didakwa cuba memperdaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap seorang lelaki melalui borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8) di sebuah klinik di Jalan Sungai Dua, Gelugor, pada jam 11.20 pagi, pada 14 Februari lalu.

Dr See pula didakwa atas kesalahan sama di sebuah klinik di Eden Square, Batu Ferringhi, pada jam 2.25 petang, pada 14 Februari lalu.

Lim dan Chan yang bertindak sebagai orang tengah didakwa memanipulasi borang JPJ L8 yang diperakui dua doktor di pejabat JPJ Batu Uban di sini, pada jam 11.45 pagi, pada 14 Februari lalu.

Norsalha kemudian membenarkan semua tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Butterworth, Dr Ding Yong Chaung, 73, mengaku bersalah, atas tuduhan cuba memperdaya JPJ dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap seorang lelaki melalui borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8) di sebuah klinik di Jalan Tembikai, Taman Mutiara, Bukit Mertajam pada jam 11.45 pagi, 14 Februari lalu.

Seorang lagi tertuduh, Dr Lutfi Mohamad Rashidi, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama yang didakwa dilakukannya di Jalan Ciku Bukit Mertajam, pada jam 12.20 tengah hari, tarikh sama.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas Dr Lutfi dan menetapkan 4 Julai bagi sebutan semula kes, manakala 13 Jun ini bagi menjatuhkan hukum ke atas Dr Ding.

Keenam-enam tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 415 dan 417 Kanun Keseksaan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]

Sekianlah artikel Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/empat-doktor-diheret-ke-mahkamah-tipu_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :