Enggan terlepas detik penting

Enggan terlepas detik penting - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Enggan terlepas detik penting, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Enggan terlepas detik penting
link : Enggan terlepas detik penting

Baca juga


Enggan terlepas detik penting

DEMI memastikan tanggungjawab sebagai ibu kepada dua cahaya mata dilunaskan dengan baik, pengacara Irma Hasmie belum bersedia kembali aktif berlakon.

Kata penyampai Assalamualaikum yang bersiaran di TV AlHijrah ini, dia gembira dengan keputusan dibuat meskipun mendapat pelbagai tawaran berlakon drama bersiri.

“Saya tidak mahu terlepas detik penting bersama anak. Kalau boleh saya mahu mereka membesar depan mata.

“Keutamaan saya adalah keluarga. Ikutkan hati memang rindu berlakon drama bersiri tetapi status saya sekarang bukan lagi macam dahulu,” katanya yang lebih gemar mengacara kerana ia tidak mengambil masa lama.

Diajak bercerita mengenai kehidupan bersama Redza Syah Irfhan, 4, dan Irma Nur Naylie, 3, Irma berkata buat masa ini fokusnya adalah membesar dan mendidik dua anaknya itu sebaik mungkin.

“Saya tiada perancangan menambah cahaya mata. Bagi saya fokus pada dua permata ini dulu. Saya tidak mahu orang berkata ada anak yang ramai tetapi gagal jadi ibu yang baik.

“Lagipun, komitmen saya sekarang padat apabila berniaga tudung. Selepas hampir enam tahun menjadi duta jenama tudung popular, saya terbuka hati untuk memulakan perniagaan tudung tahun ini. Saya mulakan dengan memperkenalkan dua koleksi tudung sarung dan Alhamdulillah mendapat permintaan yang tinggi,” katanya.

Berpeluang ke Sepanyol selama dua minggu pada Mac lalu bagi mengikuti program A Tile For Seville, Irma diajak berkongsi mengenai kehidupan dan masyarakat Islam di Seville.

Menurutnya, penduduk di negara itu luarannya nampak kaya namun sebenarnya hidup sederhana bahkan ada yang miskin, tinggal di kampung, bekerja sebagai pekebun dan penternak. “Ibu bapa di sana menggadai harta untuk menghantar anak ke luar negara supaya dapat belajar agama.

“Mereka tak nak hilang agama. Itu hasrat seorang ibu yang saya jumpa di sana. Di Seville ada 25,000 umat Islam. Bukannya tiada masjid di sana tetapi masjid yang disumbangkan kerajaan Arab Saudi tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti lain selain solat.

“Jadi, mereka nak wujudkan masjid dan pusat komuniti yang dapat menggerakkan pelbagai aktiviti,” katanya.

A Tile for Seville atau Sekeping Jubin untuk Seville adalah kempen bagi mendapatkan dana untuk pembinaan masjid dan pusat kebudayaan masyarakat Islam di Seville, sebuah wilayah dan bandar terbesar di Andalusia.

Tapak kemudahan itu berada di tengah-tengah bandar Seville yang padat dengan momumen bersejarah.

Kempen ini membabitkan kerjasama Fundacion Mezquita De Sevilla dengan pertubuhan Ukhwah for Ummah dan Aksi Cepat Tanggap. Maklumat lanjut mengenainya boleh diakses melalui http://ift.tt/2oS1ttj.

Beralih pula mengenai program Assalamualaikum yang tampil berwajah baru sejak Mac lalu, Irma berkata dia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang dilakukan.

“Saya sudah hampir enam tahun bersama Assalamualaikum. Setiap tahun pasti ada saja pembaharuan yang diketengahkan bagi memastikan penonton terus setia menyaksikan program yang bersiaran jam 8 pagi itu.

“Tahun ini Assalamualaikum dipecahkan kepada dua iaitu Assalamualaikum yang bersiaran jam 8 hingga 9 pagi dan Assalamualaikum @ 9 (9 hingga 10 pagi),” katanya.

The post Enggan terlepas detik penting appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Enggan terlepas detik penting

Sekianlah artikel Enggan terlepas detik penting kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Enggan terlepas detik penting dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/enggan-terlepas-detik-penting.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :