link : Ezlynn Enggan Buka Mulut Hal Rumahtangga
Ezlynn Enggan Buka Mulut Hal Rumahtangga
MENGAKUI sedang berasa dalam keadaan tertekan sehingga kesihatannya terjejas, penyanyi dan pelakon Ezlynn mengambil langkah tidak membuka mulut tentang keadaan perkahwinannya kerana risau ia akan mengganggu emosinya.
Ezlynn, 35, yang kini dirawat di Prince Court Medical Centre akibat demam viral mahu memberi perhatian terhadap kesihatannya terlebih dahulu daripada memikirkan perkara lain.
“Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan.
“Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain.
“Saya harap awak dapat memahami keadaan saya,” ujarnya.
Situasi rumah tangganya dengan Adam Fahmi Shamsuddin yang dikatakan goyang ketika ini.
Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Ezlynn pada status Instagram yang kongsinya pada malam Khamis memaklumkan dia berada dalam keadaan tertekan dan terkejut sehingga jatuh sakit.
“Kalah juga akhirnya, tak sangka, badan dan fikiran saya terperanjat, sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam tadi. Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan… Insya-Allah semuanya ok,” tulisnya.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Ezlynn Enggan Buka Mulut Hal Rumahtangga
Anda sekarang membaca artikel Ezlynn Enggan Buka Mulut Hal Rumahtangga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ezlynn-enggan-buka-mulut-hal-rumahtangga.html