Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya

Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya
link : Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya

Baca juga


Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 36, telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 
Lapor Harian Metro, Ezlynn telah memfailkan permohonan itu pada Januari lalu. 
Bagaimanapun Adam Fahmy tidak bersetuju dengan perceraian itu dan mahkamah telah memerintah kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka. 
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. 
Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakaknya, manakala Adam Fahmy yang juga pengurus penyanyi itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka. 
Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka. 
Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak. 
26 Mei lalu, mStar Online melaporkan Ezlynn tertekan dan enggan memberikan komen mengenai masalah rumah tangganya. 
25 Mei, Ezlynn melalui Instagramnya memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan tertekan dan terkejut sehingga jatuh sakit dan mendapat rawatan di Prince Court Medical Centre.
"Kalah juga akhirnya. Tak sangka, badan dan fikiran saya terperanjat, sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam tadi.
"Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. Insya-Allah semuanya ok," tulisnya. - The Reporter
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya

Sekianlah artikel Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ezlynn-failkan-permohonan-cerai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :